Wednesday, September 14, 2011




Assalamualaikum,

Hello guys ;).


Lama betul tak jengah blog. Malas nak share hal hal peribadi sangat. Simpan sorang sorang jelah kot. Lagipun tak ada yang menarik mahu dikongsikan. Oh dah 3hari bersekolah. Masih nak menyesuaikan dengan subject baru, kawan baru tak baru jugak tapi class Fiqh II tak ada kawan. Esok pulak ada individual presentation. Masih blur lagi nie.


Kondisi tak stabil. Tak pasti nak cakap sama ada antibodi atau salah tak minum air masak banyak banyak. Tue pun satu hal jugak. Kondisi tak sihat terjadi waktu petang hingga pagi. Siang hari keadaan masih boleh dikatakan stabil. Suam suam kuku macam tue. Rindu dekat ayah nie. Mana taknya 2bulan dok terperap dekat rumah kan.


Berharap semester kali nie membawa lebih berkat. Tak kira lah dari segi pelajaran, kewangan, keluarga, persahabatn mahupun cinta. Siapa cinta hati? Itu yang rahsia lagi ;). Biarlah aku simpan sorang sorang dulu okay.


Bahbai.
p/s: Menunggu delivery makanan oleh dia ;p.

Wednesday, July 27, 2011

#5 Wordless Wednesday: Tupai-Tupai.




Assalamualaikum,

Hello ;).




"The ones that love us, NEVER really leave us. You can always find them in your heart."


Bahbai.
p/s: Salam Ramadhan! ;D.

Saturday, July 23, 2011

So mean.




Assalamualaikum,

Morning people ;).


Mood lebih menjurus kepada melayan gelora jiwa. Lagu 'Jar of Hearts' favorite song aku sekarang. Bukan nak kata aku putus cinta. Tak ada kaitan. Tapi lirik dia sangat terpalit dengan dia di masa lalu. Ahhh aku tak mahu melodi duka menyelubungi cumanya aku rasakan yang aku terlalu pentingkan diri. Ego.


Sepatah orang nasihat. Saat itu akan bertalu talu masuk telinga kanan. Beberapa minit kemudian keluar meluru melalui telinga kiri. Kau orang tak akan faham. Tapi aku si degil yang tak makan saman. Selalu menyusahkan orang sekeliling. Hari ini menangis berlutut, esok lusa bagaikan terlupa, bagai tak berlaku apa apa. Sungguh kasihan.


Manusia oi. Hidup tak pernah kenal erti menyesal walau sesaat cuma.


Hati aku berbelah bagi. Tentang dia, tentang engkau. Seorang teman lama, seorang teman istimewa. Siapa patut aku dahulukan itu menjadi persoalannya. Sedangkan terang lagi bersuluh. Tentunya ramai lebih memihak kepada teman istimewa kerana dia yang sekarang. Teman lama itu cuma, em cuma duka. Duka yang tak patut kembali lagi.


I'm doing just fine. I ain't gonna stress cause the worst ain't happened yet. Monolog sendirian. Lirik 'Sweet Serendipity.'


Perkara paling gentar belum terjadi. Tapi dia, em lebih menjurus kepada teman istimewa. Pernah mengingatkan aku tentang untuk menjaga apa yang ada sebaik baiknya kalau hendak ia kekal. Mana mungkin ucap sayang selamanya tapi terjadi hal yang mendukacitakan. Tak sempurna begitu. Itu semua dusta. Omongan kosong yang tak jelas. Lebih kepada bicara si lelaki lelaki keparat yang suka menabur janji manis. Ahhh.


Aku tak sempurna. Mungkinkah kau akan tolong ingatkan aku seperti baitnya lagu Ana Raffali. Aku yang leka, selalu terlupa. Hai tuan badan, kau cuai. Selalu kurang menghargai apa didepan mata. Ya itu aku.


Berat sungguh untuk lalui episod hidup ini. Dugaan yang tak mungkin aku persoalkan. Walhal setiap satunya sudah tertulis sejak azali. Mana mungkin. Hanya doa aku pohon agar episod ini akan berlanjutan dan bersambungan dengan kisah yang lebih mengembirakan sang dua hati.


Bahbai.